 |
| Pelanggan Fesyen Ratu Chantek menggayakan "AMBER" |
Apakah yang menjadi inspirasi kewujudan blog ini?
Syukur ke hadrat Illahi di atas keizinan-Nya, telah mempermudahkan Fesyen Ratu Chantek bermula dan berkembang sedikit demi sedikit bermula dari tahun 2006. Sesungguhnya, hanya dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa-ta'ala sahaja, sesuatu itu akan terlaksana.
Bermula dengan 2 rekaan fesyen muslimah dari Fesyen Ratu Chantek yang pertama, iaitu Fesyen Baju Kipas Pisang dan Fesyen Seluar Palazo yang mempunyai pelbagai inspirasi corak juga warna yang memukau hati dan fikiran sesiapa yang memakainya.
Keluaran pertama Fesyen Ratu Chantek sungguh mengkagumkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pelanggan-pelanggan adalah terdiri dari golongan korporat, surirumah tangga, pekerja sektor kerajaan atau swasta serta golongan remaja kerana ia menampilkan imej yang cukup sopan, anggun, bergaya serta ukurannya kelihatan sungguh menarik. Penampilan yang sungguh diyakini dan bangga dengan cara penampilan sebagai muslimah.
Pada tahun 2007, peminat-peminat Fesyen Ratu Chantek yang selama ini menjadi pelanggan setia telah meminta pereka kami membuat fesyen terbaru. Atas kesediaan mereka semua, pihak Fesyen Ratu Chantek tidak mahu menghampakan harapan peminat kami dengan mengeluarkan pelbagai fesyen rekaan terbaru yang lebih menarik. Pada masa yang sama juga, pihak Fesyen Ratu Chantek telah mula membuat jualan dan promosi terbuka kepada pelanggan di Giant Taman Permata, Ulu Kelang, Selangor.
Berlanjut ke tahun 2008, Fesyen Ratu Chantek telah membuka sebuah lagi outlet promosi di Tesco Selayang dan kemudiannya pada tahun 2010, outlet tersebut digantikan oleh outlet di Giant Batu Caves. Selepas penutupan di Tesco Selayang, pihak Fesyen Ratu Chantek tidak lagi membekalkan mahupun menjual sebarang produk Fesyen Ratu Chantek di Tesco Selayang. Sebarang pengakuan penjualan jenama Fesyen Ratu Chantek selepas itu adalah sama sekali BUKAN rekaan Fesyen Ratu Chantek.
Pihak Fesyen Ratu Chantek TIDAK LAGI berurusan dengan individu yang bernama Timie@Dalilah. Ini adalah kerana beliau mempunyai masalah peribadi dengan pihak Fesyen Ratu Chantek yang tidak boleh dielakkan.
Sebagai pengeluar fesyen yang ekslusif, pihak Fesyen Ratu Chantek amat berhati-hati dalam setiap pengeluaran produk dan rekaan demi menjaga kualiti dan tidak mahu menghampakan harapan menggemar busana muslimah yang trendy.